MINGGUAN: Bagaimana Tunku boleh terlibat dengan politik terutama dalam DAP sedangkan latar belakang Tunku sangat menarik?
TUNKU AZIZ: Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai
politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan
jiwa orang politik. Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka
sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Pada pendapat
saya, sebagai rakyat di negara ini, kita tidak boleh hidup sebagai satu
kaum sahaja. Kita harus hidup dalam berbilang kaum dan belajar menerima
setiap kaum yang berbeza dengan seadanya. Integrasi nasional adalah
sangat penting. Kita tidak akan sesekali dapat hidup di bawah satu
bumbung tanpa bertolak ansur dengan setiap kaum di negara ini. Ketika
itu, saya merasakan DAP lebih sesuai dengan jiwa saya. Apatah lagi
mereka telah berjanji untuk memberikan saya platform untuk memerangi
rasuah
TUNKU AZIZ KLIK DISINI MAKLUMAT LANJUT
No comments:
Post a Comment