Sejarah pahit boleh berulang
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Sejarah pahit yang pernah ditempuh orang Melayu semasa negara dijajah kuasa-kuasa asing boleh berulang sekiranya mereka tersalah percaturan dalam gelanggang politik.Pengkaji sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, gejala perpecahan yang sedang melanda orang Melayu amat membimbangkan kerana pada masa sama, kaum-kaum lain di negara ini semakin teguh bersatu memperjuangkan kepentingan mereka.
Jelasnya, keadaan bertambah buruk dengan sikap segelintir generasi muda Melayu yang terpengaruh dengan fahaman liberalisme dan budaya materialisme yang bercanggah dengan jati diri Melayu dan Islam.
BACA DAN NILAI
No comments:
Post a Comment